Sunday, March 10, 2019

Pusat pekhidmatan Pendidikan Khas
=================================

Pihak sekolah bole membuat temujanji secara berkumpulan untuk murid2 yang disyaki ada masalah pembelajaran untuk berjumpa dengan pegawai pendidikan khas di 3PK yang berdekatan.
Pihak sekolah boleh hubungi 3PK berhampiran untuk perbincangan. Selepas itu, pihak sekolah perlu menghantar surat permohonan kepada Pengarah Bhgn Pendidikan Khas.
Sila hubungi 3PK Putrajaya di 03-88849246, atau emel 3pkputrajaya@gmail.com


Prosedur kemasukan ke PPKI tanpa kad OKU dan mendapatkan bantuan tambahan semasa peperiksaaan tanpa Kad OKU

Prosedur kemasukan ke PPKI tanpa kad OKU dan mendapatkan bantuan tambahan semasa peperiksaaan tanpa Kad OKU
--------------------------------------------------------------
Dapatkan Borang BPPOKU yang dikeluarkan oleh JKM. (Borang permohonan pendaftaran OKU).
http://www.jkm.gov.my/…/BORANG%20PENDAFTARAN%20OKU%20pindaa…
Prosedurnya ialah
-Isi borang BPPOKU dari JKM dan dapatkan pengesahan Doktor
- Satu salinan serahkan kepada PPD untuk memohon kemasukan ke PPKI
- Satu salinan kepada Sekolah PPKI setelah dapat penempatan dari PPD.
- Satu Salinan kepada JKM jika mahu memohon Kad OKU ( Jika tak mahu mohon tak perlu serah pada JKM)

*Borang BPPOKU yang lengkap berserta pengeshan Doktor adalah dokumen rasmi yang sama nilai kegunaannya seperti KAd OKU apabila berurusan dengan MoE ( pengguna borang BPPOKU tidak mendapat kemudahan sepenuhnya seperti Pemegang Kad OKU dan Tidak akan mendapat elaun EMK atau kemudahan tambang murah MAS, KTM dll)