Showing posts with label ppki. Show all posts
Showing posts with label ppki. Show all posts

Sunday, March 10, 2019

Prosedur kemasukan ke PPKI tanpa kad OKU dan mendapatkan bantuan tambahan semasa peperiksaaan tanpa Kad OKU

Prosedur kemasukan ke PPKI tanpa kad OKU dan mendapatkan bantuan tambahan semasa peperiksaaan tanpa Kad OKU
--------------------------------------------------------------
Dapatkan Borang BPPOKU yang dikeluarkan oleh JKM. (Borang permohonan pendaftaran OKU).
http://www.jkm.gov.my/…/BORANG%20PENDAFTARAN%20OKU%20pindaa…
Prosedurnya ialah
-Isi borang BPPOKU dari JKM dan dapatkan pengesahan Doktor
- Satu salinan serahkan kepada PPD untuk memohon kemasukan ke PPKI
- Satu salinan kepada Sekolah PPKI setelah dapat penempatan dari PPD.
- Satu Salinan kepada JKM jika mahu memohon Kad OKU ( Jika tak mahu mohon tak perlu serah pada JKM)

*Borang BPPOKU yang lengkap berserta pengeshan Doktor adalah dokumen rasmi yang sama nilai kegunaannya seperti KAd OKU apabila berurusan dengan MoE ( pengguna borang BPPOKU tidak mendapat kemudahan sepenuhnya seperti Pemegang Kad OKU dan Tidak akan mendapat elaun EMK atau kemudahan tambang murah MAS, KTM dll)

Tuesday, November 6, 2018

*PPKI, PPKI Disleksia dan Program Pendidikan Inklusif adalah 3 program yang berbeza.

*PPKI, PPKI Disleksia dan Program Pendidikan Inklusif adalah 3 program yang berbeza.
====================================================================
DEFINISI
5.1 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas.
5.2 Program Pendidikan Inklusif
Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).
5.2.1 Inklusif Penuh
Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).
5.2.2 Inklusif Separa
Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).
5.3 Guru pendidikan khas (guru pembimbing).
Guru pendidikan khas (guru pembimbing). adalah Guru Pendidikan Khas yang ditugaskan membantu murid yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif.
5.4 Bilik Resos
Bilik Resos merujuk kepada bilik yang disediakan sebagai tempat persediaan pengajaran sebelum dan selepas Program Pendidikan Inklusif. Ianya juga digunakan sebagai tempat menyimpan peralatan dan bahan tambahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas.
5.5 Jumlah Waktu
Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang membantu P&P di program pendidikan inklusif adalah juga guru yang mengajar subjek yang sama di PPKI dan mempunyai jumlah waktu mengajar sama dengan guru-guru pendidikan khas yang lain iaitu antara 26 hingga 30 waktu bagi sekolah rendah dan 20 hingga 25 waktu bagi sekolah menengah.
#rakandisleksia #mydyslexiawareness

Wednesday, October 31, 2018

Ketahui hak anak anda sebagai Murid Bekeperluan Khas (MBK ) dan pemegang kad OKU di sekolah yang tiada Program Inklusif dan PPKI

Ketahui hak anak anda sebagai Murid Bekeperluan Khas (MBK ) dan pemegang kad OKU di sekolah yang tiada Program Inklusif dan PPKI
============================================
Pelajar MBK yang mempunyai kad OKU dan berada di Sekolah Biasa aliran perdana akan dikenali sebagai murid inklusif walau pun sekolah tersebut tiada Program Inklusif dan PPKI.
Semua sekolah yang menerima kemasukan pelajar inklusif hendaklah mengikuti garis panduan perlaksanaan Program Inklusif (2015) Garis panduan bole didownload di seksyen file fb Rakan Disleksia
Semua sekolah yang ada Program inklusif perlu ada
- Jawatankuasa Pendidikan inklusif
- Guru Pembimbing dan Guru Pemulihan Khas
- Bilik resos.
Parent dan Pihak Sekolah perlu bersama2 untuk mempastikan keberkesanan program ini.
Sebarang kekurangan, permohonan dan aduan perlula dibuat terus ke PPD, JPN dan MoE..
Please read & share
Tqvm