Sunday, June 16, 2019

OKU Masalah Pembelajaran kini dikenali sebagai OKU Pembelajaran. Terdapat 6 sub kategori di bawah kategori OKU Pembelajaran

OKU Masalah Pembelajaran kini dikenali sebagai OKU Pembelajaran. Terdapat 6 sub kategori di bawah kategori OKU Pembelajaran, iaitu:
i. Global Developmenl Delay (GDD),
ii. Sindrom Down
iii. Intelektual.
iv. Autisme (Autism Spectrum Disorder),
v. Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD); dan
vi. Masalah pembelajaran spesifik (Spesific LD) seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia.
Kenapa Perubahan Kategori Pembelajaran dilakukan?
Menurut ibu bapa / penjaga Perkataan “Masalah Pembelajaran” dianggap memberi pelbagai masalah kepada OKU terutamanya kanak-kanak misalnya kanak-kanak dianggap tidak mampu diajar, tingkah lakunya pasti akan menyebabkan masalah, dan sering memberi persepsi negatif (labeling)
Bagaimana perubahan dilaksanakan?
1. Jawatankuasa Pendaftaran OKU yang terdiri daripada pakar perubatan, wakil OKU, wakil NGO OKU, agensi berkaitan seperti KKM, KPM dan PERKESO bersetuju dengan perubahan berkenaan dan telah melakukan 3 siri bengkel sebelum keputusan muktamad diambil.
2. Dibentang di Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) KPWKM dan JKM untuk kelulusan.
3. Mendapatkan mandat Majlis Kebangsaan Bagi OKU.
Kad OKU:
Kad OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.
Punca Kuasa Pengeluaran Kad OKU:
Menurut Undang-undang Malaysia, Akta 685, Akta Orang Kurang Upaya 2008:
Seksyen 2 : "Kad OKU" ertinya kad yang dikeluarkan di bawah Seksyen 25
Seksyen 25(1) : Pendaftar hendaklah mengeluarkan Kad OKU kepada seseorang yang berdaftar sebagai orang kurang upaya.
Berikut adalah panduan untuk mendapatkan Kad OKU:
1. Pastikan anak-anak / dewasa mempunyai ciri-ciri di bawah salah satu kategori OKU berdasarkan simptom-simptom tertentu.
2. Dapatkan nasihat dan pandangan pegawai perubatan atau pengamal perubatan termasuk doktor pakar perubatan (Swasta atau Kerajaan).
3. Setelah disahkan mengalami kurang upaya, Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) perlu diisi. Untuk mengisi borang ini, boleh dapatkan nasihat daripada pejabat JKM terdekat.
4. Paling penting adalah mendapatkan pengesahan Doktor / pegawai / pengamal perubatan.
5. Borang yang telah lengkap dan disahkan beserta sekeping gambar berukuran passport dan salinan dokumen sokongan seperti MyKad /Sijil Kelahiran / MyKid diserahkan kepada pegawai JKM.
6. Kad OKU akan diproses dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh pegawai JKM (biasanya 2 minggu)
Syarat-syarat pendaftaran:
1. Warganegara Malaysia
2. Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan (Kerajaan) / Pengamal Perubatan (Swasta)
3. Kes ketidaupayaan jelas boleh disahkan oleh Pegawai JKM (Penolong Pendaftar OKU)
Kuasa Pendaftaran OKU:
1. Ketua Pendaftar OKU - Pengarah JPOKU
2. Timbalan Ketua Pendaftar OKU - Pegawai JPOKU yang menguruskan pendaftaran OKU
3. Pendaftar OKU - Pengarah JKM Negeri
4. Penolong Pendaftar OKU - Pegawai yang menguruskan pendaftaran OKU di JKMN & PKMD
Penukaran Kad OKU:
Penukaran Kad OKU boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian disebabkan :
1. Kad OKU hilang;
2. Kad OKU rosak;
3. Mencapai umur 18 tahun; dan
4. Perubahan kategori ketidakupayaan.

No comments:

Post a Comment