Showing posts with label Lembaga peperiksaan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Lembaga peperiksaan Malaysia. Show all posts

Sunday, March 10, 2019

Prosedur kemasukan ke PPKI tanpa kad OKU dan mendapatkan bantuan tambahan semasa peperiksaaan tanpa Kad OKU

Prosedur kemasukan ke PPKI tanpa kad OKU dan mendapatkan bantuan tambahan semasa peperiksaaan tanpa Kad OKU
--------------------------------------------------------------
Dapatkan Borang BPPOKU yang dikeluarkan oleh JKM. (Borang permohonan pendaftaran OKU).
http://www.jkm.gov.my/…/BORANG%20PENDAFTARAN%20OKU%20pindaa…
Prosedurnya ialah
-Isi borang BPPOKU dari JKM dan dapatkan pengesahan Doktor
- Satu salinan serahkan kepada PPD untuk memohon kemasukan ke PPKI
- Satu salinan kepada Sekolah PPKI setelah dapat penempatan dari PPD.
- Satu Salinan kepada JKM jika mahu memohon Kad OKU ( Jika tak mahu mohon tak perlu serah pada JKM)

*Borang BPPOKU yang lengkap berserta pengeshan Doktor adalah dokumen rasmi yang sama nilai kegunaannya seperti KAd OKU apabila berurusan dengan MoE ( pengguna borang BPPOKU tidak mendapat kemudahan sepenuhnya seperti Pemegang Kad OKU dan Tidak akan mendapat elaun EMK atau kemudahan tambang murah MAS, KTM dll)

Monday, November 12, 2018

Senarai Kategori Calon Bekerperluan Khas (CBK) dan Keperluaan Tambahan semasa peperiksaan

Untuk membuat Permohonan untuk mendapat bantuan tambahan sewaktu peperiksaan sebagai CBK ( Calon bekeperluan Khas). Permohonanan hendaklah dibuat melalui pihak sekolah menerusi Setiusaha Peperiksaan sekolah atau GPK . Pastikan semua dokumen yang diperlukan disertakan bersama. bukan semua permohonan akan diluluskan, tambahan pula sekarang ramai yang tiada kad OKU juga akan memohon. jangan tunggu hinnga akhir tahun. Sila berhubung dengan pejabat sekolah untuk tujuan ini.
Untuk mendapat bantuan tambahan sewaktu peperiksaan, Jika tiada kad OKU, surat pengesahan dari Doktor juga diterima. 

Rujuk Panduan Pengurusan Peperiksaan Bagi Calon berkeperluan Khas ( CBK ) by Lembaga Peperiksaan - see article 1.5 under Pendaftaran Calon heading, the word " laporan perubatan dari hospital kerajaan/swasta ATAU kad OKU. Note the word 'atau'.