Sunday, June 30, 2019

Rakan Disleksia

https://www.facebook.com/groups/rakandisleksiamalaysia/

Saya suspek anak saya disleksia....

Saya suspek anak saya disleksia, apakah yang perlu saya lakukan dan dengan siapakah yang saya perlu berjumpa terlebih dahulu? Saya mendapat banyak pertanyaan sebegini daripada ibu bapa :- Saya suspek anak saya disleksia, apakah yang perlu saya lakukan dan dengan siapakah yang saya perlu berjumpa terlebih dahulu? Jawapan saya : Utamakan perkara yang lebih penting terlebih dahulu. 1) Buat Senarai Mulakan dengan membuat satu senarai masalah yang menyebabkan ibu bapa berpendapat bahawa anak ada menunjukkan ciri-ciri disleksia seperti :- a) Belum tahu membaca - Adakah anak berada di fasa mengenal huruf atau sudah mula membaca sukukata? - Sudah berapa lama anak belajar membaca? - Siapakah yang mengajar anak membaca? - Kaedah apakah yang digunakan untuk mengajar anak membaca? - Adakah pembelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Jawi diajar secara serentak? - Dengan menggunakan teknik tertentu, adalah sangat penting untuk memastikan sama ada anak boleh membaca melalui kaedah hafalan atau benar-benar boleh membaca tanpa menghafal. b) Belum tahu menulis - Adakah anak masih dalam fasa menconteng atau sudah mula membuat bentuk-bentuk tertentu atau sedang belajar menulis huruf / nombor? - Adakah anak sudah boleh menulis termasuk menyalin kembali atau menjawab soalan pemahaman atau membuat 'free writing' seperti menulis karangan? - Adakah masalah kekuatan jari anak menyebabkan kesukarannya untuk menulis? - Adakah masalah menulis anak disebabkan oleh 'hand-eye coordination' yang lemah? c) Perangai , pergaulan dan kesediaan untuk belajar - Daripada pemerhatian, lihat sama ada jika anak faham dan dapat menerima sesuatu arahan. - Berapa lama anak boleh fokus melakukan sesuatu perkara? - Adakah anak boleh bergaul bersama rakan sebaya? - Adakah anak boleh mengikut peraturan seperti berbaris untuk menunggu giliran dan sebagainya? d) Perkembangan fizikal - Antara contoh perkembangan fizikal kanak-kanak adalah seperti mengayuh basikal, lompat tali, lompat sebelah kaki, membaling bola, membuat anggaran balingan dan banyak lagi. - Antara kemahiran yang perlu diberi perhatian adalah kemahiran motor halus (fine motor skills), kemahiran motor kasar (gross motor skills), 'cognitive skill' dan sebagainya. - Gunakan Growth Development Chart sebagai panduan untuk melihat perkembangan fizikal anak sehingga umur 6 tahun. - Jika kurang pasti akan sesuatu perkara, rujuk Jurupulih Kerja untuk mendapatkan kepastian. e) Pertuturan dalam perbualan - Sila rujuk 'speech therapist' untuk mengenalpasti tahap pertuturan anak dalam perbualan melalui 'speech development chart'. Dan banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu diambil kira dalam membuat senarai perkembangan anak ini. Jangan lupa senaraikan juga kekuatan dan kelebihan yang ada pada anak. Sebagai contoh, anak mempunyai tenaga fizikal yang kuat, boleh membuat aktiviti fizikal tanpa berasa jemu dan penat, sangat berkebolehan dalam hal-hal berkaitan komputer, sangat petah berkata-kata, boleh bermain lego berjam-jam lamanya tanpa jemu, dan sebagainya. 2) Jumpa Doktor / Occupational Therapist (OT) / Guru Gunakan senarai ini apabila anda berjumpa dengan doktor, OT dan juga guru. Ia juga boleh digunakan sebagai 'cheklist' di mana sebarang pencapaian dan progress anak seharusnya diraikan agar dapat membakar semangat mereka untuk melakukan yang lebih baik lagi. Sekiranya terdapat permasalahan baru, ibu bapa hanya perlu menambah perkara tersebut ke dalam senarai ini sebagai panduan untuk memantau mereka pada hari-hari akan datang. . . . 2 Perkara ini hanyalah sebahagian daripada langkah permulaan yang boleh diambil oleh ibu bapa. Banyak lagi faktor yang perlu diketahui dan dikaji. Jadi, dengan siapa patut anda berjumpa terlebih dahulu? Lihat senarai tadi, buat pilihan tentang masalah yang mana satu yang lebih penting dan perlu diselesaikan terlebih dahulu. Jika anda memilih untuk membantu anak dari segi membaca terlebih dahulu, bawa anak berjumpa dengan guru membaca / reading tutor / pergi ke kelas phonic / OT. Jika anda ingin menekankan tentang masalah 'multi sensory' anak / perkembangan fizikal / behaviour anak, anda boleh berjumpa dengan jurupulih kerja, Speech Therapist / Guru Pendidikan Khas / Psychologist / Clinical Psychologist. Masing-masing mempunyai kepakaran tertentu untuk dijadikan rujukan buat kita sebagai ibu bapa dalam usaha membantu anak-anak. . . . Disleksia bukan sahaja berkait rapat dengan membaca atau menulis, tetapi sebenarnya turut melibatkan banyak perkembangan lain. Label yang seringkali didengari seperti Disleksia, ADHD, ASD, GDD dan lain-lain hanya sebagai panduan dalam mendiagnosis masalah perkembangan anak-anak. Perkara yang lebih penting adalah fahami keperluan dan permasalahan mereka agar mereka dapat dibantu untuk merealisasikan potensi sebenar diri mereka. Yakinlah bahawa mereka juga mampu berjaya seperti insan lain dengan pendekatan yang betul.

* Disunting oleh Puan Eyza Faizah

Wednesday, June 26, 2019

ADAKAH ANAK SAYA BETUL2 ADA DISLEKSIA

'ADAKAH ANAK BETUL2 ADA DISLEKSIA... atau ada permasalahan lain , yang menyebabkan anak sukar menguasai kemahiran membaca ?'
Dapatkan pengesahan dan rujuk kepada pakar untuk mengetahui permasalhan anak sepenuhnya, sebelum hanya menumpukan kemahiran 3M, sehingga terlepas pandang permasalahan lain yang lebin penting dan kritikal.
( belum masuk bab menulis, tingkah laku , perangai dll.... yang diluar definasi disleksia )
* Menulis - kemahiran menyalin kembali , menjawab kefahaman secara bertulis, menulis ' free writing, sepeerti menulis karangan.... semunya di bawah kategori yang yand sama iaitu menulis. .... apabila anak ada masalah menulis.... masalah yang mana satu? kesemuanya mempunyai skill kemahiran yang berlainan yang diperlukan.
Untuk intervension membaca , bole jumpa Guru / tutor membaca. tetapi kalau dah termasuk tingkah laku, tantrum dan meltdown... adakah cukup guru/ tutor membaca dapat membantu? kalau berkernaan dengan masalah pertuturan dan tahap pemikiran yang tidak sesuai dengan umur,... gabaimana pula? Adakah cukup dengan hanya mencari guru disleksia sahaja?

Skil kefahaman dikalangan pelajar disleksia

Ringkasan Pertanyaan dari beberapa parent.
( Murid berumur 9,10 dan sebelas tahun. bersekolah dari Tahun 1, alirang perdana dan PPKI. Tahap pemikiran yang selaras dengan umur dan IQ atas 100 ) Ada yang BM bahasa utama dan ada yang English bahasa utama. Prestasi bahasa adalah bergantung kepada bahasa pengantar utama mereka.
Anak sudah boleh membaca walaupun tidak lancar dan sudah boleh menulis walaupun tidak kemas dan ejaan yang salah. sudah boleh membuat ayat pendek. Tapi menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan kefahaman dan soalan matematik dalam bentuk ayat. Kemahiran membuat karangan juga amat lemah.
- Jika dibacakan soalan anak saya boleh menjawab dengan lebih pantas dan tepat berbanding mereka membaca soalan sendiri.
- Apabila diberi tajuk karangan untuk free writing. Mereka bole bercererita secara lisan , tetapi apabila tiba masa menulis diatas kertas, jalan cerita jadi berbeza oleh kerana kesukaran untuk menulis dan mengabil masa untuk mengeja.
Apa yang bole membantu mereka untuk mengatasi permasalahan ini?
Jawaban saya.
Selalunya komen yang akan diberikan ialah perlukan lebih latihan menulis supaya lebih kemas, seperti buat latihan monkey bar untuk kuatkan jari, murid kurang vokabulary sebab tu tak bole menulis.
* Apabila murid sudah berumur 9 tahun, mungkin kekuatan jari, finger grip bukan isu ( walaupun masih ada tapi itu untuk murid yang tiada pendedahan kepada aktivitimenulis, tapi disini ialah murid yang sudah bersekolah dari Tahun 1) . Jika tulisan murid bole dibaca . mungkin itu sudah tahap maksimum yang dicapai buat masa ini.
* kekurangan vokabulary juga bukan isu kerana murid boleh bercereita secara lisan, cuma mengalami kesukaran menyampaikannya secara bertulis ke atas kertas.
* Antara sebab kenapa mereka selalu gagal dalam menjawab kefahaman ialah kerana untuk membaca soalan itu sendiri mereka sudah menngunakan extra effort dan apanila habis membaca soalan mereka dah penat semasa nak menulis jawaban ( belum masuk bab mereka lupa apa yang dibaca dan perlu membaca sekali lagi - sebab tu mereka perlukan 'pembaca atau reader' semasa peperiksaan dan tambahan masa )
Carilah guru yang memahami permasalhan murid dan kaedah pembelajaran yang sesuai.

Kenapa pelajar disleksia lemah dalam menjawab kefahaman semasa peperiksaan.



Antara sebab kenapa mereka selalu gagal dalam menjawab kefahaman ialah kerana untuk membaca soalan itu sendiri mereka sudah menngunakan extra effort dan apanila habis membaca soalan mereka dah penat semasa nak menulis jawaban kerana mereka memerlukan masa dan extra effor juga untuk menulis disamping kena berfikir ejaan yang betul. ( belum masuk bab mereka lupa apa yang dibaca dan perlu membaca sekali lagi - sebab tu mereka perlukan 'pembaca atau reader' semasa peperiksaan dan tambahan masa ) 
Belum masuk bab mereka berkayal dan terganggu dengan bunyi bunyian bsing, kereta, burung dan persekitaran yang senang menggangu konsentrasi .

Tuesday, June 18, 2019

Panduan pendaftaran Kad OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Berikut adalah panduan untuk mendapatkan Kad OKU:
1. Pastikan anak-anak / dewasa mempunyai ciri-ciri di bawah salah satu kategori OKU berdasarkan simptom-simptom tertentu.
2. Dapatkan nasihat dan pandangan pegawai perubatan atau pengamal perubatan termasuk doktor pakar perubatan (Swasta atau Kerajaan).
3. Setelah disahkan mengalami kurang upaya, Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) perlu diisi. Untuk mengisi borang ini, boleh dapatkan nasihat daripada pejabat JKM terdekat.
4. Paling penting adalah mendapatkan pengesahan Doktor / pegawai / pengamal perubatan.
5. Borang yang telah lengkap dan disahkan beserta sekeping gambar berukuran passport dan salinan dokumen sokongan seperti MyKad /Sijil Kelahiran / MyKid diserahkan kepada pegawai JKM.
6. Kad OKU akan diproses dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh pegawai JKM (biasanya 2 minggu)
Syarat-syarat pendaftaran:
1. Warganegara Malaysia
2. Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan (Kerajaan) / Pengamal Perubatan (Swasta)
3. Kes ketidaupayaan jelas boleh disahkan oleh Pegawai JKM (Penolong Pendaftar OKU)
Kuasa Pendaftaran OKU:
1. Ketua Pendaftar OKU - Pengarah JPOKU
2. Timbalan Ketua Pendaftar OKU - Pegawai JPOKU yang menguruskan pendaftaran OKU
3. Pendaftar OKU - Pengarah JKM Negeri
4. Penolong Pendaftar OKU - Pegawai yang menguruskan pendaftaran OKU di JKMN & PKMD

Sumber https://www.facebook.com/197276240284906/posts/tahukahandaoku-masalah-pembelajaran-kini-dikenali-sebagai-oku-pembelajaran-terda/2438557612823413/



Sunday, June 16, 2019

OKU Masalah Pembelajaran kini dikenali sebagai OKU Pembelajaran. Terdapat 6 sub kategori di bawah kategori OKU Pembelajaran

OKU Masalah Pembelajaran kini dikenali sebagai OKU Pembelajaran. Terdapat 6 sub kategori di bawah kategori OKU Pembelajaran, iaitu:
i. Global Developmenl Delay (GDD),
ii. Sindrom Down
iii. Intelektual.
iv. Autisme (Autism Spectrum Disorder),
v. Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD); dan
vi. Masalah pembelajaran spesifik (Spesific LD) seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia.
Kenapa Perubahan Kategori Pembelajaran dilakukan?
Menurut ibu bapa / penjaga Perkataan “Masalah Pembelajaran” dianggap memberi pelbagai masalah kepada OKU terutamanya kanak-kanak misalnya kanak-kanak dianggap tidak mampu diajar, tingkah lakunya pasti akan menyebabkan masalah, dan sering memberi persepsi negatif (labeling)
Bagaimana perubahan dilaksanakan?
1. Jawatankuasa Pendaftaran OKU yang terdiri daripada pakar perubatan, wakil OKU, wakil NGO OKU, agensi berkaitan seperti KKM, KPM dan PERKESO bersetuju dengan perubahan berkenaan dan telah melakukan 3 siri bengkel sebelum keputusan muktamad diambil.
2. Dibentang di Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) KPWKM dan JKM untuk kelulusan.
3. Mendapatkan mandat Majlis Kebangsaan Bagi OKU.
Kad OKU:
Kad OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.
Punca Kuasa Pengeluaran Kad OKU:
Menurut Undang-undang Malaysia, Akta 685, Akta Orang Kurang Upaya 2008:
Seksyen 2 : "Kad OKU" ertinya kad yang dikeluarkan di bawah Seksyen 25
Seksyen 25(1) : Pendaftar hendaklah mengeluarkan Kad OKU kepada seseorang yang berdaftar sebagai orang kurang upaya.
Berikut adalah panduan untuk mendapatkan Kad OKU:
1. Pastikan anak-anak / dewasa mempunyai ciri-ciri di bawah salah satu kategori OKU berdasarkan simptom-simptom tertentu.
2. Dapatkan nasihat dan pandangan pegawai perubatan atau pengamal perubatan termasuk doktor pakar perubatan (Swasta atau Kerajaan).
3. Setelah disahkan mengalami kurang upaya, Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) perlu diisi. Untuk mengisi borang ini, boleh dapatkan nasihat daripada pejabat JKM terdekat.
4. Paling penting adalah mendapatkan pengesahan Doktor / pegawai / pengamal perubatan.
5. Borang yang telah lengkap dan disahkan beserta sekeping gambar berukuran passport dan salinan dokumen sokongan seperti MyKad /Sijil Kelahiran / MyKid diserahkan kepada pegawai JKM.
6. Kad OKU akan diproses dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh pegawai JKM (biasanya 2 minggu)
Syarat-syarat pendaftaran:
1. Warganegara Malaysia
2. Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan (Kerajaan) / Pengamal Perubatan (Swasta)
3. Kes ketidaupayaan jelas boleh disahkan oleh Pegawai JKM (Penolong Pendaftar OKU)
Kuasa Pendaftaran OKU:
1. Ketua Pendaftar OKU - Pengarah JPOKU
2. Timbalan Ketua Pendaftar OKU - Pegawai JPOKU yang menguruskan pendaftaran OKU
3. Pendaftar OKU - Pengarah JKM Negeri
4. Penolong Pendaftar OKU - Pegawai yang menguruskan pendaftaran OKU di JKMN & PKMD
Penukaran Kad OKU:
Penukaran Kad OKU boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian disebabkan :
1. Kad OKU hilang;
2. Kad OKU rosak;
3. Mencapai umur 18 tahun; dan
4. Perubahan kategori ketidakupayaan.

Wednesday, June 12, 2019

SENARAI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI KELAS DISLEKSIA DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SENARAI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI KELAS DISLEKSIA DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
sumber : http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/senarai-sekolah-yang-mempunyai-kelas-disleksia-di-program-pendidikan-khas-integrasi/resource/41b4be4e-9bdb-4db3-b119-0d73fcd87fc0#
NEGERI KOD SEK NAMA SEKOLAH BIDANG BIL. KELAS BIL. MBK
L P
JOHOR JBA2055 SK SERI TAMAN KLUANG BARAT DISLEKSIA   1 8 2
JOHOR JBA3061 SK TAMAN KOTA JAYA DISLEKSIA 2 2
JOHOR JBA9006 SK SIMPANG 5 PEKAN DISLEKSIA 1 5 2
KEDAH KBA2092 SK JALAN DATUK KUMBAR DISLEKSIA 1 7 1
KEDAH KBB4033 SK SULTAN AHMAD TAJUDDIN DISLEKSIA 1 5 1
KELANTAN DBA8002 SK GUA MUSANG DISLEKSIA 2 3 1
KELANTAN DBA1444 SK KUBANG KERIAN 3 DISLEKSIA 2 12 6
KELANTAN DBA7382 SK KUALA KRAI DISLEKSIA 2 9 1
KELANTAN DBB3235 SK SULTAN IBRAHIM (1) DISLEKSIA 2 14 7
KELANTAN DBB4284 SK KAMIL 1 DISLEKSIA 2 14 7
KELANTAN DBA5317 SK TANAH MERAH 1 DISLEKSIA 1 3 2
MELAKA MBB0041 SK ALOR GAJAH 1 DISLEKSIA 2 3 2
MELAKA MBB1074 SK MERLIMAU DUA DISLEKSIA 3 8 6
MELAKA MBA2003 SK PADANG TEMU DISLEKSIA 4 26 9
NEGERI SEMBILAN NBA4018 SK TEMIANG DISLEKSIA 2 18 5
P. PINANG PBA0022 SK BUKIT MINYAK DISLEKSIA 1 3 3
P. PINANG PBA0018 SK SEBERANG JAYA DISLEKSIA 1 5 1
P. PINANG PBA3014 SK BAYAN BARU DISLEKSIA 3 10 7
P. PINANG PBA2022 SK PINANG TUNGGAL DISLEKSIA 1 2 1
PAHANG CBA4013 SK FAKEH ABD. SAMAD  DISLEKSIA 7 40 11
PAHANG CBA4086 SK SEMAMBU  DISLEKSIA 1 6 2
PERAK ABB2090 SK SULTAN YUSSUF DISLEKSIA 3 9
PERAK ABA 2012 SK SERI KEPAYANG DISLEKSIA 1 1 2
PERLIS RBA0017 SK KAYANG DISLEKSIA 2 19 6
SELANGOR BBA7242 SK TASIK PUTERI 2 DISLEKSIA 1 17
SELANGOR BBA3030 SK BUKIT CERAKA DISLEKSIA 1 14 3
SELANGOR BBA8232 SK PERDANA JAYA SS19 DISLEKSIA 3 26 3
TERENGGANU TBA0070 SK TENGKU MAHMUD 2 DISLEKSIA 2 9 2
TERENGGANU TBA2001 SK CHUKAI DISLEKSIA 1 2 3
TERENGGANU TBA3092 SK. PADANG HILIRAN DISLEKSIA 1 3
WP KUALA LUMPUR WBA0052 SK TAMAN MALURI DISLEKSIA 3 10 7
WP KUALA LUMPUR WBA0057 SK TAMAN TUN DR. ISMAIL (2) DISLEKSIA 3 22 7
WP KUALA LUMPUR WBB0067 SK YAACOB LATIF 1 DISLEKSIA 1 4
WP KUALA LUMPUR WBB0038 SK JALAN AIR PANAS DISLEKSIA 1 13 4
WP LABUAN WBA1008 SK PEKAN 1 WP LABUAN DISLEKSIA 1 1
WP LABUAN WBA1017 SK RANCHA-RANCHA DISLEKSIA 1 5
SABAH XBA5317 SK PEKAN KOTA BELUD DISLEKSIA 1 5 1
SABAH XBA4020 SK KOLOMBONG KOTA KINABALU DISLEKSIA 1 3 1
SABAH XBA4129 SK KIBABAIG DISLEKSIA 1 12 3
SARAWAK YBA1204 SK LAKSAMANA DISLEKSIA 2 6 1
PUTRAJAYA WBA2006 SK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) DISLEKSIA 1 7 2
MELAKA MEA1061 SMK DATO' ABDUL RAHMAN YA'KUB DISLEKSIA 3 6 4
MELAKA MEA2097 SMK PADANG TEMU DISLEKSIA 3 7 2
PAHANG CEA4087  SMK SUNGAI ISAP  DISLEKSIA 2 11
SELANGOR BEA7618 SMK BANDAR TASIK PUTERI DISLEKSIA 3 17 7
TERENGGANU TEA0072 SMK TENGKU MAHMUD 2 DISLEKSIA 3 16 6
WP KUALA LUMPUR WEA0210 SMK TAMAN TUN DR ISMAIL DISLEKSIA 5 28 9
SABAH XEA4045 SMK KOLOMBONG DISLEKSIA 1
Data berakhir 31 Okt 2018
Ringkasan
MBK : Murid Berkeperluan Khas
Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday, June 11, 2019

SEBENARNYA, APA TU DYSLEXIA?

SEBENARNYA, APA TU DYSLEXIA?
Diagnosis yang tepat adalah bukan istilah “Dyslexia” tetapi “Specific Learning Disorder” atau SLD. Dalam Bahasa Melayu adalah “Masalah Pembelajaran Specific”.
Diagnosis ini diberikan kepada seseorang kanak-kanak yang menepati kriteria di bawah:
1. Mempunyai masalah 3M (Membaca, menulis dan/atau mengira)
2. Umur minda/pemikiran sama dengan rakan2, (ertinya IQ normal)
3. Perkembangan semua normal (tak ada delay), iaitu tidak ada masalah pertuturan dan lain-lain seperti “Intellectual Disability”
4. Tidak mengalami ganguan emosi semasa process pembelajaran 3M ini (contohnya, tidak ada masalah stress atau anxieti semasa berada di tadika atau di darjah 1)
5. Cukup “exposure”/latihan dengan kemahiran 3M (ada kindergarten, parents dah ajar kat rumah, cikgu darjah 1 dah ajar juga)
6. Umur lebih dari 7 Tahun
Maksudnya sini, kalau salah satu kriteria diatas tidak ditetapi, ada kemungkinan yang anak Tuan/Puan tidak hanya mempunyai Dyslexia/Specific Learning Disorder, tetapi termasuk masalah perkembangan lain.


Sumber https://www.facebook.com/wecare.my/photos/a.1602925760008650/1789541341347090/?type=3&theater