Wednesday, August 28, 2019
Sunday, August 25, 2019
Apa itu Kurang Upaya Intelektual, Autisme, ADHD dan Disleksia?
Sumber https://www.facebook.com/wecare.my/photos/a.1602925760008650/1660531167581442/?type=3&theater&ifg=1
Apa itu Kurang Upaya Intelektual, Autisme, ADHD dan Disleksia?
"Neurodevelopmental disorders" adalah diagnosis masalah perkembangan yang selalunya diberikan kepada kanak-kanak, seawal 3 tahun. Diagnosis di bawah kategori ini adalah Kurang Upaya Intelektual, Autisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (Masalah "hyper") dan Disleksia.
Adalah penting untuk menyedari bahawa walaupun kesemuanya adalah di bawah kategori yang sama, setiap diagnosis ini adalah berlainan dari segi simptom (kriteria).
Berikut adalah informasi tentang setiap diagnosis.
KURANG UPAYA INTELEKTUAL: individu yang diberikan diagnosis ini mempunyai IQ (tahap intelek/kepandaian) yang lemah, dan mempunyai kelemahan yang ketara dari segi perkembangan seperti mempunyai masalah pertuturan, masalah pergaulan, masalah penjagaan diri dan tidak boleh berinteraksi di komuniti tanpa pantauan daripada penjaga (e.g. ibu, bapa, makcik, dll). Kebolehan untuk berfikir dan untuk membuat keputusan akan terganggu kerana pemikiran adalah tidak sesuai dengan umur.
AUTISME: Individu yang diberikan diagnosis ini mesti mempunyai masalah dalam 3 aspek iaitu dari segi pertuturan (speech delay), masalah pergaulan (Tidak berminat untuk bergaul atau bersosial) serta mempunyai tingkahlaku stereotipikal (e.g. tingkahlaku terhad dan berulang yang mungkin dianggap aneh oleh masyarakat dan obsesi terhadap sesuatu benda/isu). Ada segelintir individu yang mempunyai autisme mempunyai KEPANDAIAN DALAM SATU BIDANG (gifted/savant), tapi ini adalah SANGAT JARANG. Kebolehan untuk berfikir dan untuk membuat keputusan akan terganggu kerana cara mereka berfikir dan memahami dunia adalah lain daripada golongan biasa.
ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER /MASALAH HYPER (ADHD). Pertama sekali, Individu yang diberikan diagnosis ini mempunyai masalah dari segi tumpuan dan fokus. Amat sukar untuk mereka memberi tumpuan kepada persekitaran atau aktiviti, walaupun aktiviti tersebut adalah sesuatu yang amat diminati. Yang kedua, tumpuan mereka senang terganggu. Mereka juga adalah impulsif, maksudnya bila mereka nak buat sesuatu, susah untuk mereka untuk menahan diri daripada terus melakukannya. Yang terakhir sekali, mereka adalah "hyperactive" atau sukar untuk duduk diam. Kebolehan untuk berfikir dan membuat keputusan mungkin terganggu jika simptom tidak dikawal dengan terapi atau ubat daripada psikiatrist.
DISLEKSIA: Diagnosis ini diberi kepada individu yang mempunyai masalah dari segi akademik, khususnya masalah membaca dan menulis. Walau bagaimanapun, IQ (pemikiran/kepandaian) mereka adalah di tahap normal dan mungkin lebih baik daripada rakan sebaya. Oleh itu, kebolehan untuk berfikir dan membuat keputusan adalah sama seperti orang yang "normal".
Perlu diingatkan bahawa tahap teruknya setiap simptom dalam setiap diagnosis adalah berbeza kerana setiap individu adalah berbeza. Oleh itu, adalah amat penting untuk mendapatkan penilaian psikologi yang komprehensif daripada Ahli Psikologi Klinikal untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda dan kawan-kawan anda. Tolong sebarkan maklumat ini supaya kita sama-sama dapat memahami dengan lebih lanjut tentang isu ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ahli Psikologi Klinikal yang terdekat atau PM kami di Mental Health & You.
#MentalHealthAndYou #MalaysiaMentalHealth#MentalHealthAwareness #FaktaJumaat
Wednesday, August 21, 2019
Mirror writing IS NOT a sign of dyslexia!
---------------------------------------------------------
Pelajar yang belajar menulis Roman (A,B C) untuk english dan BM dan pada masa yang sama belajar menulis jawi dan arabic pada masa yang sama akan mengkin ada kecelaruan arah menulis.
Mungkin boleh gunakan pembaris dengan tanda arah dan ingatkan selalu rumi (BM dan English) arah kiri ke kanan, dan jawi serta arabic, arah tujuan menulis dari kanan ke kiri...
- The kid can write already. The kid know what is he writing, bole membaca dengan lancar juga.... cuma arah penulisan tu terbalik. mana disleksia nya?
https://www.danebank.nsw.edu.au/why-and-how-are-young-children-able-to-mirror-write/?fbclid=IwAR0n9ZijEwzxhW7z6D1sx6Wg5zRe40vOy-tPHC59eGFGrKvy3UVLFZA9yuU
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)
Perkhidmatan Sokongan di Perkhidmatan sokongan di 3PK berperanan untuk mengoptimumkan keupayaan serta meningkatkan kualiti hidup murid berkeperluan khas.
Sunday, June 30, 2019
Saya suspek anak saya disleksia....
Saya suspek anak saya disleksia, apakah yang perlu saya lakukan dan dengan siapakah yang saya perlu berjumpa terlebih dahulu?
Saya mendapat banyak pertanyaan sebegini daripada ibu bapa :-
Saya suspek anak saya disleksia, apakah yang perlu saya lakukan dan dengan siapakah yang saya perlu berjumpa terlebih dahulu?
Jawapan saya :
Utamakan perkara yang lebih penting terlebih dahulu.
1) Buat Senarai
Mulakan dengan membuat satu senarai masalah yang menyebabkan ibu bapa berpendapat bahawa anak ada menunjukkan ciri-ciri disleksia seperti :-
a) Belum tahu membaca
- Adakah anak berada di fasa mengenal huruf atau sudah mula membaca sukukata?
- Sudah berapa lama anak belajar membaca?
- Siapakah yang mengajar anak membaca?
- Kaedah apakah yang digunakan untuk mengajar anak membaca?
- Adakah pembelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Jawi diajar secara serentak?
- Dengan menggunakan teknik tertentu, adalah sangat penting untuk memastikan sama ada anak boleh membaca melalui kaedah hafalan atau benar-benar boleh membaca tanpa menghafal.
b) Belum tahu menulis
- Adakah anak masih dalam fasa menconteng atau sudah mula membuat bentuk-bentuk tertentu atau sedang belajar menulis huruf / nombor?
- Adakah anak sudah boleh menulis termasuk menyalin kembali atau menjawab soalan pemahaman atau membuat 'free writing' seperti menulis karangan?
- Adakah masalah kekuatan jari anak menyebabkan kesukarannya untuk menulis?
- Adakah masalah menulis anak disebabkan oleh 'hand-eye coordination' yang lemah?
c) Perangai , pergaulan dan kesediaan untuk belajar
- Daripada pemerhatian, lihat sama ada jika anak faham dan dapat menerima sesuatu arahan.
- Berapa lama anak boleh fokus melakukan sesuatu perkara?
- Adakah anak boleh bergaul bersama rakan sebaya?
- Adakah anak boleh mengikut peraturan seperti berbaris untuk menunggu giliran dan sebagainya?
d) Perkembangan fizikal
- Antara contoh perkembangan fizikal kanak-kanak adalah seperti mengayuh basikal, lompat tali, lompat sebelah kaki, membaling bola, membuat anggaran balingan dan banyak lagi.
- Antara kemahiran yang perlu diberi perhatian adalah kemahiran motor halus (fine motor skills), kemahiran motor kasar (gross motor skills), 'cognitive skill' dan sebagainya.
- Gunakan Growth Development Chart sebagai panduan untuk melihat perkembangan fizikal anak sehingga umur 6 tahun.
- Jika kurang pasti akan sesuatu perkara, rujuk Jurupulih Kerja untuk mendapatkan kepastian.
e) Pertuturan dalam perbualan
- Sila rujuk 'speech therapist' untuk mengenalpasti tahap pertuturan anak dalam perbualan melalui 'speech development chart'.
Dan banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu diambil kira dalam membuat senarai perkembangan anak ini.
Jangan lupa senaraikan juga kekuatan dan kelebihan yang ada pada anak. Sebagai contoh, anak mempunyai tenaga fizikal yang kuat, boleh membuat aktiviti fizikal tanpa berasa jemu dan penat, sangat berkebolehan dalam hal-hal berkaitan komputer, sangat petah berkata-kata, boleh bermain lego berjam-jam lamanya tanpa jemu, dan sebagainya.
2) Jumpa Doktor / Occupational Therapist (OT) / Guru
Gunakan senarai ini apabila anda berjumpa dengan doktor, OT dan juga guru.
Ia juga boleh digunakan sebagai 'cheklist' di mana sebarang pencapaian dan progress anak seharusnya diraikan agar dapat membakar semangat mereka untuk melakukan yang lebih baik lagi.
Sekiranya terdapat permasalahan baru, ibu bapa hanya perlu menambah perkara tersebut ke dalam senarai ini sebagai panduan untuk memantau mereka pada hari-hari akan datang.
.
.
.
2 Perkara ini hanyalah sebahagian daripada langkah permulaan yang boleh diambil oleh ibu bapa. Banyak lagi faktor yang perlu diketahui dan dikaji.
Jadi, dengan siapa patut anda berjumpa terlebih dahulu?
Lihat senarai tadi, buat pilihan tentang masalah yang mana satu yang lebih penting dan perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Jika anda memilih untuk membantu anak dari segi membaca terlebih dahulu, bawa anak berjumpa dengan guru membaca / reading tutor / pergi ke kelas phonic / OT.
Jika anda ingin menekankan tentang masalah 'multi sensory' anak / perkembangan fizikal / behaviour anak, anda boleh berjumpa dengan jurupulih kerja,
Speech Therapist / Guru Pendidikan Khas / Psychologist / Clinical Psychologist.
Masing-masing mempunyai kepakaran tertentu untuk dijadikan rujukan buat kita sebagai ibu bapa dalam usaha membantu anak-anak.
.
.
.
Disleksia bukan sahaja berkait rapat dengan membaca atau menulis, tetapi sebenarnya turut melibatkan banyak perkembangan lain.
Label yang seringkali didengari seperti Disleksia, ADHD, ASD, GDD dan lain-lain hanya sebagai panduan dalam mendiagnosis masalah perkembangan anak-anak.
Perkara yang lebih penting adalah fahami keperluan dan permasalahan mereka agar mereka dapat dibantu untuk merealisasikan potensi sebenar diri mereka.
Yakinlah bahawa mereka juga mampu berjaya seperti insan lain dengan pendekatan yang betul.
* Disunting oleh Puan Eyza Faizah
* Disunting oleh Puan Eyza Faizah
Wednesday, June 26, 2019
ADAKAH ANAK SAYA BETUL2 ADA DISLEKSIA
'ADAKAH ANAK BETUL2 ADA DISLEKSIA... atau ada permasalahan lain , yang menyebabkan anak sukar menguasai kemahiran membaca ?'
Dapatkan pengesahan dan rujuk kepada pakar untuk mengetahui permasalhan anak sepenuhnya, sebelum hanya menumpukan kemahiran 3M, sehingga terlepas pandang permasalahan lain yang lebin penting dan kritikal.
( belum masuk bab menulis, tingkah laku , perangai dll.... yang diluar definasi disleksia )
* Menulis - kemahiran menyalin kembali , menjawab kefahaman secara bertulis, menulis ' free writing, sepeerti menulis karangan.... semunya di bawah kategori yang yand sama iaitu menulis. .... apabila anak ada masalah menulis.... masalah yang mana satu? kesemuanya mempunyai skill kemahiran yang berlainan yang diperlukan.
( belum masuk bab menulis, tingkah laku , perangai dll.... yang diluar definasi disleksia )
* Menulis - kemahiran menyalin kembali , menjawab kefahaman secara bertulis, menulis ' free writing, sepeerti menulis karangan.... semunya di bawah kategori yang yand sama iaitu menulis. .... apabila anak ada masalah menulis.... masalah yang mana satu? kesemuanya mempunyai skill kemahiran yang berlainan yang diperlukan.
Untuk intervension membaca , bole jumpa Guru / tutor membaca. tetapi kalau dah termasuk tingkah laku, tantrum dan meltdown... adakah cukup guru/ tutor membaca dapat membantu? kalau berkernaan dengan masalah pertuturan dan tahap pemikiran yang tidak sesuai dengan umur,... gabaimana pula? Adakah cukup dengan hanya mencari guru disleksia sahaja?
Subscribe to:
Comments (Atom)



