Wednesday, November 7, 2018

Garis Panduan untuk buat pengesahan masalah pembelajaran ( part 1 )

Garis Panduan untuk buat pengesahan masalah pembelajaran ( part 1 )
============================================
Jika parent mengesyaki anak mungkin ada permasalahan pembelajaran,sediakan satu senarai checklist mengapa parent mengesyaki anak ada permasalahan. Cheklist ini beserta Birth dan Growth Development History ini juga akan digunakan sebagai rujukan ketika berjumpa pakar sama ada Development Paedtracian, Clinical Psychologist atau Paedtracian Occupational Therapist ( Doktor kanak kanak tiada kepakaran untuk pengesahan permasalahan pembelajaran) LD is not a medical condition.
Jika di Hospital kerajaan akan dirujuk ke Jabatan Psikitri kanak2( tak tahu la kenapa rujukan pertama biasanya jumpa Psychologist, mungkin untuk menilai emosi ?)
Ada sebahagian Hospital ada Child Development Center (CDC)


https://disleksiadad.blogspot.com/2018/11/prosedur-temujanji-di-hospital-kuala.html

- Bila mula merangkak, berjalan, cara berjalan dan duduk ( w sitting atau tip toeing )
- Bila mula bercakap ( Bahasa yang digunakan ) Jika ada kelewatan mula bercakap dan pelat perlu dirujuk kepada Speech Therapist
Jika anak masih berumur 6 tahun kebawah ( belum memasuki persekolahan Tahun 1), Gunakan ‘Growth Development Chart’ sebagai panduan. Rujuk kepada Jurupulih kerja/ Occupational Therapist untuk kepastian.
- Dominant side dah establish ke belum ( penggunaan tangan kanan atau kiri, midline crossing, kebolehan mengayuh basikal membuat pusingan penuh semasa mengayuh, lompat satu kaki, kaki mana yang digunakan, baling bola untuk melihat kekuatan tangan dan kebolehan membuat anggaran balingan) Cognitive skill, gross dan fine motor.
- Anak bole terima arahan? anak faham arahan, berapa lama anak bole focus untuk membuat sesuatu aktiviti?
Pendidikan Awal
Sejak bila mula bersekolah / playschool
- Bila mula belajar membaca dan menulis? ( sekurangnya mestila 6 bulan ),
- siapa yang mengajar, teknik apa yang diguna, adakah belajar jawi dan alquran pada masa yang sama,
- Jika dibanding dengan rakan sekelas yang bersama2 belajar adakah terdapat perbezaan ketara terutama skil membaca dan menulis.
Bagaimana perangai anak disekolah? Suka menyendiri atau bole bersosial ?
- adakah anak sudah bersedia untuk belajar secara formal, ( school readiness)
- Bahasa pengantar/ perbualan utama yang dugunakan anak ( Melayui atau English )
- Mata dan telinga juga perlu diperiksa untuk kepastian. Cek mata dengan ophthalmologist, bukan cek mata dikedai cermin mata biasa.
TRO, to rule out jika mata dan telinga adalah penyebab .
- To be continue.

No comments:

Post a Comment