Tuesday, June 11, 2019

SEBENARNYA, APA TU DYSLEXIA?

SEBENARNYA, APA TU DYSLEXIA?
Diagnosis yang tepat adalah bukan istilah “Dyslexia” tetapi “Specific Learning Disorder” atau SLD. Dalam Bahasa Melayu adalah “Masalah Pembelajaran Specific”.
Diagnosis ini diberikan kepada seseorang kanak-kanak yang menepati kriteria di bawah:
1. Mempunyai masalah 3M (Membaca, menulis dan/atau mengira)
2. Umur minda/pemikiran sama dengan rakan2, (ertinya IQ normal)
3. Perkembangan semua normal (tak ada delay), iaitu tidak ada masalah pertuturan dan lain-lain seperti “Intellectual Disability”
4. Tidak mengalami ganguan emosi semasa process pembelajaran 3M ini (contohnya, tidak ada masalah stress atau anxieti semasa berada di tadika atau di darjah 1)
5. Cukup “exposure”/latihan dengan kemahiran 3M (ada kindergarten, parents dah ajar kat rumah, cikgu darjah 1 dah ajar juga)
6. Umur lebih dari 7 Tahun
Maksudnya sini, kalau salah satu kriteria diatas tidak ditetapi, ada kemungkinan yang anak Tuan/Puan tidak hanya mempunyai Dyslexia/Specific Learning Disorder, tetapi termasuk masalah perkembangan lain.


Sumber https://www.facebook.com/wecare.my/photos/a.1602925760008650/1789541341347090/?type=3&theater

No comments:

Post a Comment